Thursday, July 2, 2009

Berita

"Salam, untuk makluman saudara Redza Rafiq telah pulang ke Rahmatullah pada pagi tadi. Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah ke pada arwah". Itulah meseg yang menerjah masuk dalam inbox aku pagi ni. Innalillahiwainnailahirojiun.. Itu je yang mampu aku ucapkan sebaik saja membaca meseg itu dari seorang teman. Hurm.. seorang lagi teman masa sekolah dulu telah meninggalkan dunia ini. walaupun aku x la berapa rapat dengan dia tetapi kami masih tetap berkawan dan pada aku arwah ni memang baik orangnya. Siapa sangka dalam usia yang semuda ini beliau telah kembali menghadap Ilahi. Sememangnya ajal dan maut ditangan Tuhan dan sekiranya telah sampai waktunya kita akan dipanggil jua. InsyaAllah mungkin juga akan akan mengambil cuti pagi ni untuk pulang menziarah arwah di kampung lagi pun kerja di opis ni dah aku settlekan semuanya semalam. Al-Fatihah untuk arwah Redza.

No comments:

Post a Comment