Wednesday, July 15, 2009

Fakta-fakta menarik

-venus merupakan satu-satunya planet yang berputar mengikut lawan jam.
-susu seladang berwarna merah jambu.
-gelas kaca pecah dengan kelajuan 4827 km/j.
-bunyi yang dikeluarkan apabila kita mematah-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. Ia seumpama kita membuka minuman berkarbonat, gas akan meletup keluar sebaik sahaja penutup dibuka. Hanya sekali sahaja letuleh berlaku kerana kita perlu menunggu lama untuk buih tersebut terbentuk semula.
-tonsurphobia adalah ketakutan kepada memotong rambut.
-terdapat kira-kira 3000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km (1 batu) persegi di hutan amazon.
-zoophobia adalah takut kepada haiwan.
-tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf W dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu hanya terdapat 12 huruf didalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U,W.
-Di negara Norway terdapat tempat yang dipanggil "Hell" (neraka). sementara itu di West Virginia, Amerika Syarikat pula terdapat tempat bernama 666.
-Tomato dan Timun adalah buah-buahan dan bukan sayuran.
-Tembakau membunuh lebih ramai rakyat amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid (pembunuhan sesama manusia), bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan aids.
-Bintang-bintang dan berwarna-warna yang kelihatan selepas kita menggosok mata dipanggil PHOSPHENES.
-Walaupun agama Buddha diasaskan di India sekitar 470 sebelum masihi, dan berkembang pesat di sana, ia telah dibawa keluar dari negara tersebut pada abad ke 7 hingga 12 masihi. Sekarang Buddha menjadi agama utama di beberapa buah negara terutamanya Sri Langka, Jepun dan Indo-China. Penganut agama teramai di India pula ialah Hindu.
-terdapat 336 lekuk pada sebiji bola golf.
-jumlah bintang di langit lebih banyak dari butiran pasir yang terdapat di bumi.

No comments:

Post a Comment