Saturday, July 11, 2009

Fakta menarik mengenai haiwan

-fakta menarik mengenai haiwan pula. Zirafah membersihkan telinga dengan menggunakan lidahnya yang sepanjang 50cm. Badak air mampu berlari lebih pantas dari manusia. Kuda tidur secara berdiri. Obor-obor mengandungi 95 peratus air. Kanggaru boleh melompat sejauh 9 meter sekali lompatan. kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat sekiranya ekornya tidak menyentuh bumi kerana ekornya itu bertindak sebagai topang.
-belang yang kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tetapi juga pada kulitnya.
-sea-squirt merupakan sejenis hidupan laut (ditemui di perairan Jepun) yang memotaknya sendiri dan akan melekap pada batu bila tiba tempoh matang. Pada tahap ini ia tidak akan memerlukan apa-apa pergerakan dan memandangkan otak itu tidak ada apa-apa kepentingan lagi baginya. Menbazir tidak perlu pun tidak, jadi ia akan terus memakannya.
-untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat.
-memerang laut akan menggunakan sejenis rumpai bagi "mengikat" sesama mereka untuk mengelakkan terpisah dari kumpulan terutamanya ketika hanyut pada waktu malam.
-ngauman seekor singa boleh didengari sejauh 3 kilometer.
-rama-rama jantan mampu menghidu rama-rama betina sejauh 11km.
-seekor ulat gonggok mempunyai 4 kaki di setiap segmen badannya.
-seekor sea-hare atau arnab laut seberat 3kg mampu menghasilkan 40,000 biji telur dalam setiap minit.

No comments:

Post a Comment