Sekarang ini ujud macam2 blog di negara kita ini, yang dah beribu-ribu agaknya. Tu belum cite pasal yang kat luar negara lagi. ada blog cite pasal diri sendiri, sukan, bisnes, blog untuk kelab2 dan persatuan dan yang paling popular sekali dalam negara kita sekarang ni adalah blog pasal politik. Mana2 pun sekarang ni orang cite pasal politik, kat rumah, opis, pasar, kedai kopi mahupun di kedai dobi dan lebih2 lah lagi di internet.
Angin perubahan ini dah pun dirasai sebulum PRU12 lagi. Lepas PRU lagilah kuat angin politik ini bertiup di seluruh negara. Ada yang suka dan ada yang kecewa tapi x kurang juga ada yang buat tak tau je... ada sorang teman ni cakap kat aku, "lantaklah dia orang nak gaduh ke, nak debat ke, nak tunjuk sapa betul dan sapa yang salah... bagi aku selagi aku boleh carik makan sudah, janji dia orang x kacau hidup aku anak beranak." Boleh ke camtu?.. aku ada kawan yang macam ni. Pada aku salah kalau kita berpendapat macam kawan aku yang sorang ni. Sebab ini negara kita kalau bukan kita yang nak membincangkan dan memperjuangkanya.. siapa lagi?
Dalam era globalisasi sekarang ini, dunia tanpa sempadan. Jadi kita boleh mendapat maklumat yang diperlukan hanya dalam sekelip mata sahaja. Kalau dulu orang mengharapkan berita dari surat khabar atau dari tv sebagai sumber utama bahan berita, selain dari ahli mesyuarat tingkap yang ada di kawasan mereka yang mempunyai sumber2 yang agak2 boleh dipercayai. Dan apa saja berita yang ditulis atau dibacakan pemberita akan diterima dan dipercayai bulat2 tanpa usul periksa. Sebab hanya itu sahaja sumber yang ada bagi kita suatu masa dahulu untuk mengetahui isu2 terkini. Sehinggakan adakalanya ia disalahgunakan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan peribadi.
Tapi sekarang tidak lagi, telah ujud berbagai2 saluran berita alternatif di internet untuk ditatap oleh umum saat ini, sekaligus memberi pilihan kepada orang ramai untuk menilai dan juga mentafsir sesuatu isu yang dibincangkan pada masa itu. Terutamanya hal2 yang berkait rapat dengan politik semasa. Aku sendiri banyak melayari blog2 yang berunsur politik ni. Dan aku akui memang banyak info dan maklumat di dalamnya yang tidak disiarkan di tv ataupun surat khabar akan tetapi aku tidak dapat nak memastikan sama ada bahan berita itu sahih ataupun tidak. Tapi aku lebih percaya blog dari tv sekarang ni yang lebih banyak merapu dan hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja. kadang2 nak jugak aku join blogger2 yang lain ni cite pasal politik, sebab aku tak perlu bersusah payah nak pergi jauh2 dan nak menghentam pembesar2 negara yang salah guna kuasa dan korup (istilah yang selalu digunakan oleh blogger politik), di DUN aku sendiri pun kalau nak dibongkar penyelewengannya rasanya dah tak terbongkar dek banyaknya.
Tapi aku tak la sehang jebat Raja Petra, Hishammudin Rais, Penarik Beca atau blogger2 kental yang lain dalam memperjuangkan ideologi mereka. Tapi x nak lah pulak aku jadi macam sang kelembai yang dah terjun dengan labu-labunya...
Suasana politik di negara kita sekarang ini semakin sukar diramalkan. Ada yang mengatakan Malaysia akan bertukar kerajaan pusat dalam masa yang terdekat ini, atau lebih tepat lagi sebelum 16-sept tahun ini dengan ada sebahagian juak2 dari kerajaan yang memenangi pilihanraya tempoh hari akan melompat2 macam katak masuk parti lain. Dan aku bersetuju dengan tindakan mereka itu selagi kepentingan rakyat menjadi keutamaan mereka dalam berpolitik. Tapi bagi pembesar2 kerajaan mereka menafikan khabar angin itu yang kononnya sengaja di perbesarkan oleh mantan TPM untuk mengkucar-kacirkan kerajaan yang ada sekarang ini yang dibentuk hanya dengan majoriti mudah. Apapun bagi aku walau siapa pun yang memerintah sekarang ini atau selepas ini mestilah lebih mengutamakan agenda agama, bangsa dan tanahair kita ini melebihi dari agenda peribadi mereka sendiri. Dan jangan menjadikan agenda peribadi sebagai matlamat utama sebagai pemerintah sebaliknya keutamaan harus diberi kepada memperjuangkan nasib dan hak rakyat di negara ini. Kerana tanpa sokongan dan dorongan dari rakyat siapalah anda. Dan bagi seluruh rakyat Malaysia fikirkan dan lakukanlah yang terbaik untuk negara kita yang tercinta ini... Bak kata Nabil..."Lu Pikirlah Sendiri."
No comments:
Post a Comment