Wednesday, May 21, 2008

Nelayan & lelaki sengal..

Seorang nelayan selalu dapat banayak ikan apabila dia ke laut. Keadaan itu menghairankan rakan2nya. Seorang wartawan menemuramahnya pada suatu petang.

wartawan : Apa ilmu yang pak cik pakai?
nelayan : pak cik tengok cara isteri pak cik tidur semasa bangun pagi.
kalau dia mengiring ke kanan pak cik tebar ke kanan, kalau
dia mengiring ke kiri, pak cik tebar ke kiri.
wartawan : kalau isteri pak cik tidur terlentang?
nelayan : pak cik tak turun ke laut la pagi tuuuu...!
wartawan : Oooooo....!!!!



Seorang lelaki singgah di sebuah gerai. Disebabkan wang yang ada cuma 70 sen
saja, dia bertanya harga satu gelas teh panas dan sejuk. Pelayan restoran menjawab...
"Teh panas 70 sen, teh sejuk RM1.20."
Lelaki itu terus meminta teh panas. Apabila pelayan menghantar segelas teh yang masih berasap, tanpa teragak-agak lelaki itu terus meneguknya sampai habis sambil tercungap-cungap menahan rasa panas minumannya itu.
Pelayan itu kehairanan. Kenapa teh panas itu boleh habis dihirup dalam sekelip mata.
Lalu lelaki itu memberinya 70 sen lantas menjawab: "Kalau lambat air ini jadi sejuk. Kalau sejuk tak fasal-fasal saya kena bayar RM1.20. Lebih baik cepat2 minum, jimat 50 sen!"

No comments:

Post a Comment