Thursday, May 8, 2008

Santai

Keje.. keje... keje... Pening betul, kalau x keje nanti x makan pulak.. so dalam hidup ni kena la kerja, tapi kalau hari2 duk mengadap benda yang sama je boring gak rasanya. Kat opis ni ada macam2 keje yang nak kena buat tapi bermusim, kalau tengah banyak keje tu sampai tak cukup kaki, tangan, mulut, mata, telinga, badan.. sumenya x cukup sibuk macam orang keje kat pasaran saham tapi kalau x de keje plak duk je mengangkang kat opis ni. haha.. Tapi kalau x de keje pun boleh jadi bosan gak kadang2 kan.. oleh itu mulai saat ini aku akan mengirimkan beberapa cerita2 santai untuk tatapan korang sume buat hilang rasa bosan dan tekanan keje or tekanan masa belajar.. cite ni aku petik dari beberapa majalah yang aku sempat baca dalam tempoh 2-3 tahun ni.


santai 1

Gary, 70, ke hospital menjalani ujian kesihatan biasa. Doktor Sundra kagum dengan kesihatannnya.
"kesihatan awak fastastik Gary! Kawal perasaan dan fikiran, kalau boleh rapatkan diri dengan Tuhan."
"oh...itu mesti. Tuhan sentiasa di hati. Dia tahu mata saya tak berapa baik, diberinya saya sedikit kelebihan.
"Wowwwww!" balas doktor itu sambil bertanyakan kelebihan yang dimaksudkan.
"Apabila saya buka pintu bilik air sebaik terjaga tengah malam, lampu menyala. Selesai melakukannya... lampu padam sebaik pintu ditutup," kata Gary bangga.
Sebaik Gary keluar, doktor menemui Selma lalu bertanya tentang kebenaran cerita suaminya itu.
"Orang tua nyanyuk... patut la hancing bau peti sejuk pagi tadi."


Santai 2

Dua kanak2 - Farid dan Zahir, 9, berada di pintu bilik bedah sebuah hospital. Kedua-duanya terbaring di atas stretcher. "Kenapa kamu berada di sini?" tanya Farid.
"Saya buang tonsil di tekak... saya takutlah," balas zahir.
"Apa nak takut, saya menjalani pembedahan seperti itu masa berusia 4 tahun," balas Farid. Dia kemudian menyambung,"doktor bagi ubat bius, tak sakit lansung."
"kamu apa fasal ke mari?" tanya zahir pula.
"saya nak bersunat." balas Farid.
Wowww! Saya sudah bersunat ketika baru lahir. Bukan main-main sakitnya... Hampir setahun baru boleh berjalan." kata Zahir.


Santai 3

Sofia dan Sally - dua janda yang sedang cuba mencari-cari pasangan. Suatu hari ketika tiba di lobi sebuah hotel, meraka nampak seorang lelaki kacak menyendiri sejak beberapa lama di tepi kolam mandi.
Sofia : Kau tahulah aku ni malu sikit. Kau mulakan dulu. Cuba tackle lelaki tu. Kalau kamu x dapat... aku akan cuba.
Sally : Maafkan saya encik... saya harap x mengganggu. Saya lihat encik menyendiri sejak tadi. Kenapa?
Lelaki : Saya dah biasa sendirian... maklumlah dah 20 tahun dalam penjara.. baru saja dibebaskan.
Sally : Kenapa?
Lelaki : Kerana menikam isteri ketiga saya!
Sally : Isteri kedua encik... bagaimana?
Lelaki : Saya kelar lehernya.
Sally : Isteri pertama?
Lelaki : Saya bagi minum racun.
Sally terus berlalu, meminta Sofia mencuba pula.

No comments:

Post a Comment