Wednesday, May 21, 2008

Nelayan & lelaki sengal..

Seorang nelayan selalu dapat banayak ikan apabila dia ke laut. Keadaan itu menghairankan rakan2nya. Seorang wartawan menemuramahnya pada suatu petang.

wartawan : Apa ilmu yang pak cik pakai?
nelayan : pak cik tengok cara isteri pak cik tidur semasa bangun pagi.
kalau dia mengiring ke kanan pak cik tebar ke kanan, kalau
dia mengiring ke kiri, pak cik tebar ke kiri.
wartawan : kalau isteri pak cik tidur terlentang?
nelayan : pak cik tak turun ke laut la pagi tuuuu...!
wartawan : Oooooo....!!!!



Seorang lelaki singgah di sebuah gerai. Disebabkan wang yang ada cuma 70 sen
saja, dia bertanya harga satu gelas teh panas dan sejuk. Pelayan restoran menjawab...
"Teh panas 70 sen, teh sejuk RM1.20."
Lelaki itu terus meminta teh panas. Apabila pelayan menghantar segelas teh yang masih berasap, tanpa teragak-agak lelaki itu terus meneguknya sampai habis sambil tercungap-cungap menahan rasa panas minumannya itu.
Pelayan itu kehairanan. Kenapa teh panas itu boleh habis dihirup dalam sekelip mata.
Lalu lelaki itu memberinya 70 sen lantas menjawab: "Kalau lambat air ini jadi sejuk. Kalau sejuk tak fasal-fasal saya kena bayar RM1.20. Lebih baik cepat2 minum, jimat 50 sen!"

Tuesday, May 20, 2008

may - gadis bertudung putih

Lagu ni ada kenangan pada diri aku. Kenangan yang x kan aku lupakan seumur hidup aku.. pape hal korang layan je la.

Thursday, May 8, 2008

Isu Semasa

Sekarang ini ujud macam2 blog di negara kita ini, yang dah beribu-ribu agaknya. Tu belum cite pasal yang kat luar negara lagi. ada blog cite pasal diri sendiri, sukan, bisnes, blog untuk kelab2 dan persatuan dan yang paling popular sekali dalam negara kita sekarang ni adalah blog pasal politik. Mana2 pun sekarang ni orang cite pasal politik, kat rumah, opis, pasar, kedai kopi mahupun di kedai dobi dan lebih2 lah lagi di internet.
Angin perubahan ini dah pun dirasai sebulum PRU12 lagi. Lepas PRU lagilah kuat angin politik ini bertiup di seluruh negara. Ada yang suka dan ada yang kecewa tapi x kurang juga ada yang buat tak tau je... ada sorang teman ni cakap kat aku, "lantaklah dia orang nak gaduh ke, nak debat ke, nak tunjuk sapa betul dan sapa yang salah... bagi aku selagi aku boleh carik makan sudah, janji dia orang x kacau hidup aku anak beranak." Boleh ke camtu?.. aku ada kawan yang macam ni. Pada aku salah kalau kita berpendapat macam kawan aku yang sorang ni. Sebab ini negara kita kalau bukan kita yang nak membincangkan dan memperjuangkanya.. siapa lagi?
Dalam era globalisasi sekarang ini, dunia tanpa sempadan. Jadi kita boleh mendapat maklumat yang diperlukan hanya dalam sekelip mata sahaja. Kalau dulu orang mengharapkan berita dari surat khabar atau dari tv sebagai sumber utama bahan berita, selain dari ahli mesyuarat tingkap yang ada di kawasan mereka yang mempunyai sumber2 yang agak2 boleh dipercayai. Dan apa saja berita yang ditulis atau dibacakan pemberita akan diterima dan dipercayai bulat2 tanpa usul periksa. Sebab hanya itu sahaja sumber yang ada bagi kita suatu masa dahulu untuk mengetahui isu2 terkini. Sehinggakan adakalanya ia disalahgunakan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan peribadi.
Tapi sekarang tidak lagi, telah ujud berbagai2 saluran berita alternatif di internet untuk ditatap oleh umum saat ini, sekaligus memberi pilihan kepada orang ramai untuk menilai dan juga mentafsir sesuatu isu yang dibincangkan pada masa itu. Terutamanya hal2 yang berkait rapat dengan politik semasa. Aku sendiri banyak melayari blog2 yang berunsur politik ni. Dan aku akui memang banyak info dan maklumat di dalamnya yang tidak disiarkan di tv ataupun surat khabar akan tetapi aku tidak dapat nak memastikan sama ada bahan berita itu sahih ataupun tidak. Tapi aku lebih percaya blog dari tv sekarang ni yang lebih banyak merapu dan hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja. kadang2 nak jugak aku join blogger2 yang lain ni cite pasal politik, sebab aku tak perlu bersusah payah nak pergi jauh2 dan nak menghentam pembesar2 negara yang salah guna kuasa dan korup (istilah yang selalu digunakan oleh blogger politik), di DUN aku sendiri pun kalau nak dibongkar penyelewengannya rasanya dah tak terbongkar dek banyaknya.
Tapi aku tak la sehang jebat Raja Petra, Hishammudin Rais, Penarik Beca atau blogger2 kental yang lain dalam memperjuangkan ideologi mereka. Tapi x nak lah pulak aku jadi macam sang kelembai yang dah terjun dengan labu-labunya...
Suasana politik di negara kita sekarang ini semakin sukar diramalkan. Ada yang mengatakan Malaysia akan bertukar kerajaan pusat dalam masa yang terdekat ini, atau lebih tepat lagi sebelum 16-sept tahun ini dengan ada sebahagian juak2 dari kerajaan yang memenangi pilihanraya tempoh hari akan melompat2 macam katak masuk parti lain. Dan aku bersetuju dengan tindakan mereka itu selagi kepentingan rakyat menjadi keutamaan mereka dalam berpolitik. Tapi bagi pembesar2 kerajaan mereka menafikan khabar angin itu yang kononnya sengaja di perbesarkan oleh mantan TPM untuk mengkucar-kacirkan kerajaan yang ada sekarang ini yang dibentuk hanya dengan majoriti mudah. Apapun bagi aku walau siapa pun yang memerintah sekarang ini atau selepas ini mestilah lebih mengutamakan agenda agama, bangsa dan tanahair kita ini melebihi dari agenda peribadi mereka sendiri. Dan jangan menjadikan agenda peribadi sebagai matlamat utama sebagai pemerintah sebaliknya keutamaan harus diberi kepada memperjuangkan nasib dan hak rakyat di negara ini. Kerana tanpa sokongan dan dorongan dari rakyat siapalah anda. Dan bagi seluruh rakyat Malaysia fikirkan dan lakukanlah yang terbaik untuk negara kita yang tercinta ini... Bak kata Nabil..."Lu Pikirlah Sendiri."

Santai

Keje.. keje... keje... Pening betul, kalau x keje nanti x makan pulak.. so dalam hidup ni kena la kerja, tapi kalau hari2 duk mengadap benda yang sama je boring gak rasanya. Kat opis ni ada macam2 keje yang nak kena buat tapi bermusim, kalau tengah banyak keje tu sampai tak cukup kaki, tangan, mulut, mata, telinga, badan.. sumenya x cukup sibuk macam orang keje kat pasaran saham tapi kalau x de keje plak duk je mengangkang kat opis ni. haha.. Tapi kalau x de keje pun boleh jadi bosan gak kadang2 kan.. oleh itu mulai saat ini aku akan mengirimkan beberapa cerita2 santai untuk tatapan korang sume buat hilang rasa bosan dan tekanan keje or tekanan masa belajar.. cite ni aku petik dari beberapa majalah yang aku sempat baca dalam tempoh 2-3 tahun ni.


santai 1

Gary, 70, ke hospital menjalani ujian kesihatan biasa. Doktor Sundra kagum dengan kesihatannnya.
"kesihatan awak fastastik Gary! Kawal perasaan dan fikiran, kalau boleh rapatkan diri dengan Tuhan."
"oh...itu mesti. Tuhan sentiasa di hati. Dia tahu mata saya tak berapa baik, diberinya saya sedikit kelebihan.
"Wowwwww!" balas doktor itu sambil bertanyakan kelebihan yang dimaksudkan.
"Apabila saya buka pintu bilik air sebaik terjaga tengah malam, lampu menyala. Selesai melakukannya... lampu padam sebaik pintu ditutup," kata Gary bangga.
Sebaik Gary keluar, doktor menemui Selma lalu bertanya tentang kebenaran cerita suaminya itu.
"Orang tua nyanyuk... patut la hancing bau peti sejuk pagi tadi."


Santai 2

Dua kanak2 - Farid dan Zahir, 9, berada di pintu bilik bedah sebuah hospital. Kedua-duanya terbaring di atas stretcher. "Kenapa kamu berada di sini?" tanya Farid.
"Saya buang tonsil di tekak... saya takutlah," balas zahir.
"Apa nak takut, saya menjalani pembedahan seperti itu masa berusia 4 tahun," balas Farid. Dia kemudian menyambung,"doktor bagi ubat bius, tak sakit lansung."
"kamu apa fasal ke mari?" tanya zahir pula.
"saya nak bersunat." balas Farid.
Wowww! Saya sudah bersunat ketika baru lahir. Bukan main-main sakitnya... Hampir setahun baru boleh berjalan." kata Zahir.


Santai 3

Sofia dan Sally - dua janda yang sedang cuba mencari-cari pasangan. Suatu hari ketika tiba di lobi sebuah hotel, meraka nampak seorang lelaki kacak menyendiri sejak beberapa lama di tepi kolam mandi.
Sofia : Kau tahulah aku ni malu sikit. Kau mulakan dulu. Cuba tackle lelaki tu. Kalau kamu x dapat... aku akan cuba.
Sally : Maafkan saya encik... saya harap x mengganggu. Saya lihat encik menyendiri sejak tadi. Kenapa?
Lelaki : Saya dah biasa sendirian... maklumlah dah 20 tahun dalam penjara.. baru saja dibebaskan.
Sally : Kenapa?
Lelaki : Kerana menikam isteri ketiga saya!
Sally : Isteri kedua encik... bagaimana?
Lelaki : Saya kelar lehernya.
Sally : Isteri pertama?
Lelaki : Saya bagi minum racun.
Sally terus berlalu, meminta Sofia mencuba pula.

Wednesday, May 7, 2008

Salam

Pertama kali aku menulis dalam blog aku sendiri ni.. kalau ada yang tanya nape anak palong, apa palong ni sebenarnya.. anak palong bukan anak polong.. haha,,. Palong ni adalah salah satu kawasan felda di N.Sembilan. nanti la ada masa aku cite skit pasal palong ni. aku kira anak felda la tapi tak la sepopular mawi.. apapun aku bangga jadi anak felda, dilahirkan dan dibesarkan di sana. kawan2 pun ramai dan macam2 jenis ada yang penting pandai pilih kawan n jalan hidup kita sendiri.
Salah satu sebab aku buat blog ni adalah nak carik balik kawan2 aku yang dah lama hilang ntah ke mana disamping mencari kenalan baru yang sudi. Kalau ada yang tanya lagi nape buat blog kalau nak cari kawan lama or nak kenal kawan baru nape x melalui friendster ke atau apa2 site yg lain. senang je selain nak carik kawan lama n baru aku nak cite skit2 apa2 la pasal isu semasa ngan pengunjung blog ni. (ada ke orang nak masuk)... hehe. Ntah la harap2 ada la yang sudi nak baca komen2 aku kat sini. Untuk pertama kali ni aku tak nak cite meleret2 cukup dulu setakat ni lagi pun aku tengah x de idea ni nak tulis apa. maklum la orang baru :) ada masa nanti aku mengarut lagi kat sini k. N satu lagi aku akan menghargai setiap tegerun dan komen dari setiap pengunjung blog ni dan harap2 biar la yang membina k. Salam....