
Lama gak x update blog ni.. mana aku pegi? cuba tengok pic kat sebelah tu. Ada ke mcm orang nak g bulan? ke aku tengah bercuti kat hotel 5 star, huhu.. Tapi macam nak buat pengambaran puntianak harum sundal malam pun ada gak..haha. Ni nak cite skit ni, 20hb ogos 2008 ari tu aku telah ditahan wad sebab sakit yang sebenarnya dah 2-3 tahun lebih gak aku tanggung. dan atas nasihat doktor aku terpaksa menjalani pembedahan kecil agar aku dapat menghilangkan kesakitan aku itu. Sakit apa? alah tak payah tau la ek.. sakit orang laki, haha... tapi memang betul2 sakit beb! bukan main2 sakit dia hanya Tuhan yang tau camne. Tapi syukur la semua itu telah selamat aku tempuhi dengan tabah.. ewah.. Dari 8.30 pg aku tunggu dalam wad tu dengan penuh debaran menunggu turn aku untuk dibedah sampai la pukul 6.30 ptg baru aku dibawa ke wad bedah. Korang bayangkan la bape lama aku menanti dalam debar. fuh belum operate dah seksa jiwa aku apatah lagi masa operate n selepas operate tu lagi la seksa. tapi camne pun aku ada support dari family n sorang kawan aku ni, lega la skit sekurang-kurangnya dapat juga hiburkan aku dan hilangkan perasaan takut aku masa tu. 6.30 ptg aku dimasukkan ke wad bedah masa tu seorang pakar bius DR Cheng apa ntah nama dia aku tak ingat, mana ada masa nak berkenalan dengan doktor tu masa tengah takut camtu.. dia bagi tau aku prosedur2 yang akan dilakukan pada aku sebelum, semasa dan selepas pembedahan nanti. Untuk bius dia bagi aku 2 pilihan, sama ada nak pengsan terus atau separuh badan sahaja. Lepas tanya macam2 soalan pada pakar bius tu akhirnya aku pilih untuk bius separuh badan sahaja mengenangkan risiko yang terpaksa aku tanggung sekiranya aku bius satu badan.. tak yah la cite apa risikonya panjang plak aku nak cite kat sini.. suntikan pertama pada tulang belakang membuatkan aku rasa hilang separuh dari anggota badan aku. tak rasa apa2 dari pinggang sampai la ke kaki. Masa Dr tu brief aku mula2 dia cakap untuk operation ni aku akan separuh sedar memandangkan aku telah memilih untuk bius separuh badan sahaja. tapi bila bius ke 2 dimasukkan ke dalam badan aku melalui jarum air yang mmg dah ada kat tangan aku ni terus je aku x sedarkan diri sepenuhnya.. ermm, doktor cakap aku akan separuh sedar tapi padam terus.. hahaha nampak sangat badan aku ni tak kuat nak tahan dadah yang dah dimasukkan dalam badan aku ni. terus tak sedarkan diri. Tapi elok jugak tak sedar kalau sedar tak tau la camner perasaan tengok gunting n pisau2 doktor tu. huhu. Sedar-sedar je doktor baru lepas bagi ubat untuk sedarkan aku dan aku ditolak keluar dari wad bedah tu. Masa tu aku tengok jam kat dinding hospital tu menunjukkan jam 8.30 mlm. macam mana aku tau masa tu malam? ye la kalau ikutkan logiknya takkan la doktor2 tu nak bedah aku sampai 8.30 pg pulakkan.. mesti la 8.30 mlm masa tu, aku bukannya kembar siam yang bercantum kat perut ke, kepala ke yang memerlukan masa yang lama untuk dibedah. huhu, maknanya operation aku tu mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak la, dan maknanya doktor tu tipu aku jugak sebab masa mula2 nak bedah tu dia cakap dalam 1/2 jam jek.. Ingat nak sunatkan budak ke kejap camtu.. 3 hari aku duk hospital, pastu balik kampung. rehat kat kampung je.. mc aku sepatutnya dari 20hb ogos sampai 2hb sept tapi tadi aku g hospital doktor sambung lagi sampai 12hb sept 2008. lama gila aku cuti, cuti lama2 ni pun bosan gak duk rumah jek. Dikesempatan ini aku nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kakitangan HOSPITAL PANTAI AYER KEROH, DOKTOR2, NURSE2 yang comel2 sebab jaga aku masa aku kat sana, tukang2 masak kat hospital tu yang memasak makanan yang aku order tima kasih banyak2.. jasamu dikenang. Kepada kedua orang tua aku sabar menahan kerenah anak dia ni dan menjaga aku semasa terdampar kat rumah (terlantar tu dah teruk sangat).. pada kawan2 aku yang bagi semangat, bos2 aku, opismate dan semua yang terlibat dengan pembedahan aku ni, aku ucapkan jutaan terima kasih semoga Allah membalas jasa kalian semua. InsayaAllah. dan masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.. selamat berpuasa. Pose jangan x pose aku yang sakit ni pun puasa tau. Huhu. Salam, jumpa lagi..
imbas kembali kesalahan anda...itu hanya dugaan mahupun ujian dr maha kuasa utk menilai ketabahan umatnye...jgnla anda menyalahkan takdir sebaliknye harus tabah menghadapi segala kemungkinan...(yang paling ponting ehhh jgn mkn bondo koreh))))
ReplyDelete