Saturday, September 27, 2008
Permainan musuh Islam
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya. "Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. ..... "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ...Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid-murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam...Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN.....
Friday, September 5, 2008
WARKAH DARI REMBAU
Kepado YB-YB yang sey sayang….
Namo sey ni Karim… Pengundi berdaftar DUN CHEMBONG, PARLIMEN ROMBAU. Sey nulih sughat ni bukan apo… sajor yor nak ucap’an timo kasih kek YB-YB sekolian sobab naik’an hargo minyak ari tu. Dah elok-elok naik banyak ari tu apo pulak diturun’an laie… biar yo lah hargo camtu, kalau buleh naik’an laie, laie baguih. Sobab bilo hargo minyak naik, hargo barang lain pun naik gak laa… banggo boto’ sey ghaso… cam duduk kek LAS VEGAS lak.
Sey janji ngan YB-YB sumo, yang sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombong yang dah merah menyalo mato’eh tu dan yang dah pocah bedorai porot ikan tu pado ikan koring yor… sey sanggup bekorban untuk negaro.
Anak sey yang tujuh orang tu yang dah buleh buek team futsal tu buleh la bekojo lopeh sekolah, buek bantu omak ayah dia orang ni haaa… kok tak berkojo pun buleh gak la jadi mat rempit kat SENAWANG tu. Dapek gak la duit sesikit. Buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yang tak pernah durhako pado negaro.
Ghaso-ghaso, sey nak ubah suai bilik-bilik yanga do kek ghumah sey… nak buek tompek bolo ikan ngan tanam sayor cagho hidroponik (apo binchek’eh nih) sey terpakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga’ kek rumah flet. Rebet yang YB bagi kek sey memang melampuh-lampuh lobeh’eh dari keporluan sey. Bilo sey congak-congak’an, sey cumo guno duit 20 sen yor duit minyak moto sehari… Ado la untung 21 sen… Bak kao SAIDA AF6 ‘okey la tu…’
Sey tak pakai pun keto sobab bilo minyak naik hargo, sey kono jual Datsun kotak mancis sey tu, dapek gak la duit skit. Tokeh-tokeh use car pun ado gak la untung’eh skit.
Team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari-hari bejalan kaki tak pun naik beska’ yo gi sekolah… Bukan jauh pun 5 km yor.. Dokek yor tu… Walaupun gaji sey RM 1000… sbona’eh terlobih cukup untuk keluargo sey…
Buek permulo’an nak ngubah caro hidup sey… sey tak akan guno’an gulo bilo nak buek kupi, tak akan guno’an topong bilo nak buek kodok. Sey akan ganti’an bogheh ngan ubi… tiap hari sey ngan keluargo sey akan berposo (kecuali pado hari-hari yang dilarang berposo) sey akan buek minyak masak sendiri. Itu antaro caro sey ngubah caro hidup.
Ado banyak laie caro… semuo kerano kito. Dan sey mintak bona’ naik’an laie hargo tol sobab orang sebolah rumah sey ni orang pembangkang. Tuan punya Blog ni pun orang pembangkang… Dia orang ni slalu guna HIGHWAY, biar padan muko dio orang.. tu la suko bona’ nyokong pembangkang… PAKATAN RAKYAT konon… Padan muko ekau orang, bayar la tol banyak-banyak.
Nanti YB buleh la melawat sey dan sedokah kain pelikat solai bilo dah dokek-dokek pilihan rayo sok… Insya-Allah kain pelikat tu sey nak bubuh dalam frame dah tu gantung kek dinding rumah sey… tapi jangan lupo lak YB sain autogerap kek kain tu yor…
Jangan lupo YB, naik’an laie hargo minyak, jangan la diturun’an elaun mentori-mentori tuuu… sian dia orang, kang apo lak anak bini dio nak makan… tak dapek la pulak nak shopping kek Landen.
Akhir kato, sey totap nyokong YB-YB sekolian, sey takkan nyokong pembangkang… ntah apo-apo ntah. Jangan lupo YB lopeh ni naik’an pulak hargo tol banyak-banyak, biar orang sebolah rumah sey ni ngan Tuan punya blog ni yang suko sangat nyokong pembangkang u tojoley lidah’eh nak bayar…
Sekian Timo Kasih.
Pocah kaco, pocah goleh,
Dah baco, harap baleh.

Ujian Tuhan

Lama gak x update blog ni.. mana aku pegi? cuba tengok pic kat sebelah tu. Ada ke mcm orang nak g bulan? ke aku tengah bercuti kat hotel 5 star, huhu.. Tapi macam nak buat pengambaran puntianak harum sundal malam pun ada gak..haha. Ni nak cite skit ni, 20hb ogos 2008 ari tu aku telah ditahan wad sebab sakit yang sebenarnya dah 2-3 tahun lebih gak aku tanggung. dan atas nasihat doktor aku terpaksa menjalani pembedahan kecil agar aku dapat menghilangkan kesakitan aku itu. Sakit apa? alah tak payah tau la ek.. sakit orang laki, haha... tapi memang betul2 sakit beb! bukan main2 sakit dia hanya Tuhan yang tau camne. Tapi syukur la semua itu telah selamat aku tempuhi dengan tabah.. ewah.. Dari 8.30 pg aku tunggu dalam wad tu dengan penuh debaran menunggu turn aku untuk dibedah sampai la pukul 6.30 ptg baru aku dibawa ke wad bedah. Korang bayangkan la bape lama aku menanti dalam debar. fuh belum operate dah seksa jiwa aku apatah lagi masa operate n selepas operate tu lagi la seksa. tapi camne pun aku ada support dari family n sorang kawan aku ni, lega la skit sekurang-kurangnya dapat juga hiburkan aku dan hilangkan perasaan takut aku masa tu. 6.30 ptg aku dimasukkan ke wad bedah masa tu seorang pakar bius DR Cheng apa ntah nama dia aku tak ingat, mana ada masa nak berkenalan dengan doktor tu masa tengah takut camtu.. dia bagi tau aku prosedur2 yang akan dilakukan pada aku sebelum, semasa dan selepas pembedahan nanti. Untuk bius dia bagi aku 2 pilihan, sama ada nak pengsan terus atau separuh badan sahaja. Lepas tanya macam2 soalan pada pakar bius tu akhirnya aku pilih untuk bius separuh badan sahaja mengenangkan risiko yang terpaksa aku tanggung sekiranya aku bius satu badan.. tak yah la cite apa risikonya panjang plak aku nak cite kat sini.. suntikan pertama pada tulang belakang membuatkan aku rasa hilang separuh dari anggota badan aku. tak rasa apa2 dari pinggang sampai la ke kaki. Masa Dr tu brief aku mula2 dia cakap untuk operation ni aku akan separuh sedar memandangkan aku telah memilih untuk bius separuh badan sahaja. tapi bila bius ke 2 dimasukkan ke dalam badan aku melalui jarum air yang mmg dah ada kat tangan aku ni terus je aku x sedarkan diri sepenuhnya.. ermm, doktor cakap aku akan separuh sedar tapi padam terus.. hahaha nampak sangat badan aku ni tak kuat nak tahan dadah yang dah dimasukkan dalam badan aku ni. terus tak sedarkan diri. Tapi elok jugak tak sedar kalau sedar tak tau la camner perasaan tengok gunting n pisau2 doktor tu. huhu. Sedar-sedar je doktor baru lepas bagi ubat untuk sedarkan aku dan aku ditolak keluar dari wad bedah tu. Masa tu aku tengok jam kat dinding hospital tu menunjukkan jam 8.30 mlm. macam mana aku tau masa tu malam? ye la kalau ikutkan logiknya takkan la doktor2 tu nak bedah aku sampai 8.30 pg pulakkan.. mesti la 8.30 mlm masa tu, aku bukannya kembar siam yang bercantum kat perut ke, kepala ke yang memerlukan masa yang lama untuk dibedah. huhu, maknanya operation aku tu mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak la, dan maknanya doktor tu tipu aku jugak sebab masa mula2 nak bedah tu dia cakap dalam 1/2 jam jek.. Ingat nak sunatkan budak ke kejap camtu.. 3 hari aku duk hospital, pastu balik kampung. rehat kat kampung je.. mc aku sepatutnya dari 20hb ogos sampai 2hb sept tapi tadi aku g hospital doktor sambung lagi sampai 12hb sept 2008. lama gila aku cuti, cuti lama2 ni pun bosan gak duk rumah jek. Dikesempatan ini aku nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kakitangan HOSPITAL PANTAI AYER KEROH, DOKTOR2, NURSE2 yang comel2 sebab jaga aku masa aku kat sana, tukang2 masak kat hospital tu yang memasak makanan yang aku order tima kasih banyak2.. jasamu dikenang. Kepada kedua orang tua aku sabar menahan kerenah anak dia ni dan menjaga aku semasa terdampar kat rumah (terlantar tu dah teruk sangat).. pada kawan2 aku yang bagi semangat, bos2 aku, opismate dan semua yang terlibat dengan pembedahan aku ni, aku ucapkan jutaan terima kasih semoga Allah membalas jasa kalian semua. InsayaAllah. dan masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.. selamat berpuasa. Pose jangan x pose aku yang sakit ni pun puasa tau. Huhu. Salam, jumpa lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)