Tuesday, June 19, 2012

Anak Angkat (JPN OH JPN)

Salam,

Sangat2 lama aku tak menulis dalam blog aku ni, takde idea nak cakap apa.. Tambahan pula sekarang ni zaman facebook.. Merata orang guna facebook untuk meluahkan pendapat, isi hati, pengakuan dan lain2. Kadang2 hal dalam kelambu pon cite kt facebook.. So zaman nak berblog ni da jd macam kurang sesuai di masa sekarang nih, sebab orang fikir kalau meleret2 tulis dalam blog ni nanti pon ada ke orang lain nak baca.. Tak kisah la ada orang nak baca ke tidak yang penting kt sini kita pon bole nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan fikiran kita secara panjang lebar kalau nak dibandingkan dengan berfacebook yang mempunyi ruang yang agak terhad.. 

Apa yang aku nak kisahkan kt sini hari ni adalah mengenai anak angkat. Tapi kenapa anak angkat? Aku nak ambil anak angkat ke?.... Hummm memang sunyi la hidup sorang2 kan tapi xla sampai aku kena ambil anak angkat. Kisahnya berlaku pada member aku jugak.. Kisah adik dia diambil oleh bapak saudara dia untuk dijadikan anak angkat. Bukan cerita baru tapi dah lama, cukup lama.. Dari adik dia tu baby lagi..Sekarang ni adik dia tu pun dah berumur 16 tahun.. Cukup besar dah. Bagi seluruh family dia xde masalah kalau adik dia diambil untuk dijadikan anak angkat oleh bapa saudara dia sendiri.. Sebab bukan orang lain pon adik kepada ayah dia jugak.. Walaupon pada awalnya mendapat sedikit tentangan dari member aku tu.. Memandangkan pulak pakcik dia tu mempunyai masalah tidak boleh medapat zuriat maka atas belas ehsan hak penjagaan diberikan kepada beliau. Habis cerita ni di situ, walaupon banyak jugak konflik yang berlaku sewaktu proses  pembesan budak tu tapi xperlu la nak dihebahkan di sini memandangkan itu bukan tujuan asal aku menulis hari ini.

Tujuannya adalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati pihak family member aku ni mengenai nama adik dia yg telah ditukarkan kepada nama bapa angkatnya. Ini jelas telah membelakangkan family member aku ini selaku keluarga kandung kepada adiknya itu. Nama asal adik beliau adalah Muhammad haziq bin Yusof (bukan nama sebenar)di dalam pendaftaran surat kelahiran(beranak). Tetapi setelah diambil menjadi anak angkat nama itu telah diubah menjadi Muhammad Haziq Maula Karim(BNS). Mana pulak datangnya Maula Karim tu? Sedangkan sepatutnya ia ber BIN kan nama bapa kandung budak itu iaitu Yusof. Hal ini hanya diketahui setelah bapa kandung kepada haziq ini meminta salinan kad pengenalan anaknya itu daripada bapa angkatnya untuk tujuan tertentu. Seluruh keluarga terkejut dengan salinan yang diberi kerana nama anak/adik kandung mereka telah ber BIN kan orang lain dan bukan bapa kandungnya sendiri. Hal ini telah dipanjangkan kepada bapa angkat kanak2 itu tetapi telah dipandang sepi olehnya dan dia turut menyatakan yg ianya tidak menjadi kesalahan dan dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Apa yang aku nk persoalkan di sini adalah apakah akta yg diguna pakai oleh JPN untuk mengubah nama bapa kandung seorang kanak2 kepada nama bapa angkat? Dan sekiranya ada akta yg menyatakan boleh pada ketika itu, kepada siapa ia dirujuk sebelum akta ini dikuatkuasakan? rasanya xperlu rujuk mana2 jabatan agama mahupon pejabat Mufti untuk mengetahui mengenai hukum ini di dlm Islam. Ianya adalah asas. HARAM bagi sesiapa pon dari mana2 kaum sekalipon di dalam Islam mengubah nama bapa kandung kepada nama bapa angkat di dalam nama seseorang. Bahasa mudahnya setiap anak angkat TIDAK BOLEH ber BIN/BINTI kan kepada nama bapa angkat, dan sekiranya berlaku hukumnya adalah haram. Setiap kanak2 yang dilahirkan mesti ber BIN atau ber BINTI kan bapa kandungnya sendiri. Sekiranya pula kanak2 itu anak tidak sah taraf(luar nikah) atau pon anak yang sah taraf tetapi tidak diketahui siapa bapa kandungnya, mereka mesti di bin/binti kan kepada nama Abdullah atau mana2 nama dari Asmaul Husna(99 nama Allah). Takkan itu pon JPN tak tau?...


Sebenarnya Islam amat menitik-beratkan penggunaan 'bin dan 'binti' pada nama seseorang Muslim kerana Islam amat menjaga nasab dan keturunan.. Telah bersabda rasulullah (s.a.w) :


من أدعى إلى غير أبيه وهو يعلم أنه غير أبيه فالجنة عليه حرام 


Bermaksud:

“Barangsiapa mengaku bernasabkan seseorang sebagai bapa kepada orang yang bukan 

bapanya, padahal dia mengetahui bahawa orang itu bukan bapanya, maka syurga diharamkan ke atasnya. " (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)



Setelah member aku ini meceritakan dan meminta bantuan aku untuk sama2 membantu dalam menyelesaikan masalah ini, aku dengan rela hatinya menghulurkan bantuan sebab aku memang suka fight2 nih.. tambahan pulak ia melibatkan hukum mungkin ada pahala di situ sekiranya aku turut membantu.. InsyaAllah..
Satu pagi aku menghubungi JPN Negeri(negeri mana xyah bgtau eh).. Dimana aku menyamar sebagai abang kepada haziq, aku disambungkan ke bahagian kad pengenalan oleh operator yg bertugas. Seorang staff lelaki menyambut panggilan aku.. Setelah perkenalkan diri, aku detailkan situasi itu dari A-Z untuk bagi dia betul2 faham. Termasuk no kad pengenalan "adik" aku tu untuk diperiksa... katanya..
"memang JPN membenarkan  nama bapa kandung dialih kepada bapa angkat sekiranya ada permohonan anak angkat dikemukakan kepada JPN." Aku membalas..
"kenapa JPN benarkan nama bapa angkat digunakan bg menggantikan nama bapa kandung? Sebab dalam Islam pun ianya salah?, Dari mana JPN merujuk sebelum membenarkan permohonan seperti itu?.." Dia sikit panas bila aku tanya soalan mcm tu.. dan dia pun balas balik..
"Encik, kami tak tukar nama bapa kandung tu.. sebaliknya kami letakkan nama Maula selepas nama kanak2 itu dan bukannya BIN.. Maula tu dalam bahasa arab mksdnya anak angkat.. Maula tu kita gunakan bagi lelaki dan Maulad itu bg perempuan.. Dalam kes encik ini nama adik encik Muhammad Haziq Maula Karim bermaksud Muhammad Haziq anak angkat lelaki kepada Karim.. Kami tak mengubah BIN nya.."
" Memang xmengubah dan xde bin pon di situ tetapi bukan ke dalam Islam setiap orang mesti menggunakan BIN/BINTI pada nama? kita tak bole suka2 tukar kepada nama selain dari nama bapa kandung sendiri, kalau nama Maula itu nk diletak juga namanya mesti jd Muhammad Haziq bin Yusof Maula Karim, baru betul.. Babi tu dalam bahasa arabnya khinzir tapi setelah kita tukar nama tu dalam bahasa arab pun ia tetap haram! tak semua yang dalam bahasa arab itu boleh jadi Islam dan menghalalkan yang haram, so dakwaan JPN mengenai nama Maula tu tidak menghalalkan perbuatan itu walaupon ianya bahasa arab.." Dia tambah panas.. dan dia jawab..
"Lebih baik encik rujuk bahagian anak angkat, encik dah salah call ni.. sini bahagian kad pengenalan.."  
Dalam hati aku kenapa la tak nak cakap awal2 tadi.. huh!.. aku disambungkan pulak ke bahagian anak angkat.. Kali ni pompuan yang jawab.. sekali lagi aku detaikan a-z.. huh penat.. dia jawab..
"memang encik, dulu kami ada memberi kebenaran untuk mengguna nama Maula kepada anak angkat, tetapi sekarang tidak lagi.."
"sebab baru tau salah ke?.. so apa tindakan JPN untuk yang dah menggunakan nama Maula dan Maulad tu?"..
"Yang dah lepas tu lepas la encik, cuma sekiranya ada permohonan baru untuk menukar nama kita akan tolak.."
"macam tu je? xde ke arahan dari pihak JPN untuk menukar semula nama itu kepada nama asal?"
"tak encik, kami tidak mendapat apa2 arahan dari pihak atasan."
"OK, sekarang ni macam ni, kami "sekeluarga" tetap mahu menukar semula nama "adik" saya ini kepada nama asalnya, tetapi tidak dipersetujui oleh bapa angkatnya.. apa tindakan yang harus kami lakukan?"
"encik boleh datang ke pejabat kami dengan membawa semua dokumen yang berkaitan, nanti kita boleh bingcangkan lagi tindakan seterusnya.." HUrmm.. aku dah agak memang itu yang akan dia cakap.. dan selesai ucap terima kasih aku tamatkan panggilan tu.. korang rasa lah boleh ke kwn aku tu nak mengubah semula nama adiknya kepada nama asal tanpa persetujuaan bapa angkat adiknya itu? Jawapannya adalah tidak boleh.. sebab apa aku cakap macam tu, sebab di dalam perjanjian pengambilan anak angkat (de factor) telah dinyatakan di dalam itu ibu bapa angkat mempunyai hak mutlak ke atas anak angkat sehingga dia berumur 18 tahun, jd apa2 jua yg berkenaan dengan anak angkat itu decision maker nya ada lah kedua ibu bapa angkat kanak2 tersebut dan bukannya ibu bapa kandung mereka.. undang2 apa ni? mana perginya hak ibu bapa kandung kanak2 tersebut? Hak ibu yang mengandung dan melahirkan anak itu ditolak bulat2 oleh undang2 kapitalis ini.. Dalam kes member aku ni kes ini pasti tidak bole dirujuk ke mahkamah syariah kerana ia melibatkan akta JPN yang menjurus kepada mahkamah sivil.. Oleh itu sekiranya hendak berlawan di mahkamah sivil bagi aku adalah sia-sia dan membuang masa kerana mereka ada akta ketika itu untuk membuat pertukaran nama kepada bapa angkat. Dah tentu2 kwn aku tu akan kalah. jadi tiada jalan undang2 yang boleh diguna pakai bg mengubah semula nama adknya kepada nama asal. nasihat aku padanya adalah gunakan cara psycho untuk takutkan pakcik dia dengan menyatakan dia akan menanggung dosa hingga ke akhir hayat sekiranya nama itu tidak diubah semula kepada yang asal.. Kalau dia rasa bersalah dan takutkan dosa maka dia akan ubah tp sekiranya masih berdegil itu terpulang la pada dia.. Tugas kita untuk menegur benda yang tidak betul dah pun kita tunaikan.. kawan aku pun bersetuju.. so aku ucapkan semoga berjaya pada dia.. habis cite psl tu..


Berbalik mengenai isu bin/binti ini ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan yang kononnya bin/binti ini pada asalnya diperkenalkan oleh orang2 British pada satu ketika dulu bg memberi nama penuh kepada orang2 Islam yang mna dkwaan mereka BIN adalah bermaksud Born In Name dan BINTI pulak yang dulu kononnya ejaannya adalah BINTE memberi maksud Bon In Name To Eve. Bagi aku ini tindakan musuh2 Islam yang mahu menghapuskan sama sekali penggunaan bin/binti ini di dalam nama orang2 Islam. Sebenarnya penggunaan bin/binti ini telah digunakan di zaman jahiliyah lg yakni sebelum kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.) dan diikuti seterusnya oleh Nabi sendiri dan diterima sebagai syariat Islam bagi mejaga nasab seseorang muslim. Banyak hadis sahih mengenainya aku xhuraikan kt sini takut korang ckp aku berlagak ustaz plak nnti.. kalau mahu juga rujukan sila bertanya aku akan bg sahihnya ok.


Kesimpulannya isu penggunaan bin/binti ini bukanlah diperkenalkan oleh British sepertimana yg didakwa. Apa yg ditakuti ialah kemungkinan perkara ini sengaja diada-adakan oleh musuh Islam untuk merosakkan umat Islam secara halus sehingga kelak ramai yang mahu membuang bin/binti dpd nama masing2 dan menggantikan dengan nama keluarga sebagaimana yg telah berlaku dia barat. Apa akibatnya? Masyarakat akan jd porak-peranda dan penzinaan akan berlaku secara berleluasa kerana tiada siapa lg yg kisah dgn isu anak haram atau anak zina dan isu perbezaan jantina.. Mengenai tindakan menukar nama bapa kandung kepada bapa angkat juga adalah satu kesalahan yg sgt besar walau apa pun juga alasannya, contohnya bagi mengelakkan kanak2 tersebut merasa malu apabila diejek kwn2 sebab nama bapa dia lain dari apa yg tertulis. Biar la budak tu malu sekejap dr terpksa menanggung dosa yang xtahu kesudahannya.. yang salah tetap salah walau apa pun alasannya.. matlamat tidak menghalalkan cara..Wallahualam..




1 comment:

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_04.htm

    ReplyDelete