Monday, May 4, 2009

Treasure Hunt 2009

Pada 1 may yang lepas yakni pada cuti hari pekerja aku sempat untuk join Treasure Hunt anjuran Kelab Mesra MMU. Bermula pada Jumaat petang sehinggalah pada hari sabtu tengahari kami sama2 melakukan tugasan yang diberi kepada kami. Kami mendaftar sebagai 1 kumpulan yang mana setiap kumpulan diwakili oleh 4 orang ahli. Jumlah keseluruhan kumpulan yang mengambil bahagian adalah 11 kumpulan bermakna ada 44 ahli kelab Mesra sama2 mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang dianjurkan kelab pada kali ini. Pada aktiviti kali ini ianya bukan sahaja melibatkan pencarian harta karun tetapi juga melibatkan pentandingan karaoke antara kumpulan dan juga telematch ataupun sukaneka. Daripada 11 kumpulan kami diundi berada di dalam kumpulan 01. jadi semua aktiviti kami yang akan mulakan dahulu. Daripada pelepasan kereta untuk treasure hunt, karaoke dan telematch semuanya kami yang terpaksa mulakan dahulu.. Bagi acara treasure hunt kami bertolak dari MMU ke Saujana Asahan Jasin. Sebuah kompleks sukan dan rekriasi milik Majlis Sukan Negara. Akibat salah melihat peta dan arahan yang sedikit mengelirukan kami sesat selama lebih kurang 1 jam setengah sampai ke airport batu berendam yakni jalan yang tidak sepatutnya kami lalui dan memang x termasuk lansung dalam peta yang ada pada kami sebenarnya. Di pendekkan cerita kami sampai juga ke kem itu setelah hampir 2 jam setengah di dalam kereta. Sepanjang perjalanan dari MMU ke Asahan kami diberikan beberapa soalan untuk dijawab berdasarkan tempat2 yang kami lalui.. Akhirnya apabila tiba di sana kami disorak oleh peserta2 lain yang telah terlebih dahulu tiba dari kami. Daripada 11 kumpulan kami adalah kumpulan yang ke 10 tiba di sana.. Sungguh memalukan tapi kami buat2 cool jek sebab nk cover malu..hahaha.. Setelah menyerahkan jawapan kami pun terus check in dan terus masuk ke bilik penginapan yang telah di sediakan. Malamnya selepas makan malam kami sama2 menyertai pertandingan karaoke secara kumpulan. Macam2 persembahan malam tu dan nampak gayanya memang kumpulan2 lain telah membuat latihan yang cukup rapi sebelum itu berbanding dengan kami yang hanya menjadi bidan terjun x pernah berlatih lansung.. Belum pun keputusan diumumkan memang kami dah tau yang kami akan kalah..Hehe. Malam tu acara habis di situ. Keesokan harinya kami telah diminta untuk berkumpul di padang seawal jam 7 pagi untuk sama2 melakukan senamrobik dan poco-poco. Setelah 1 jam bersenam dan berpoco2 kami terus ke dewan makan untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan. Habis saje bersarapan pertandingan sukaneka dimulakan. Dari pagi sampai la ke tengahari. Dipendekkan cerita lagi apabila habis semua acara tibalah masa untuk penyampaian hadiah. Dalam pertangdingan treasure hunt kumpulan kami mendapat tempat ke 6 daripada 11 kumpulan. Walaupun sampai kedua terakhir dapat jugak kami tempat yang ke 6. keputasan itu berpandukan jawapan yang kami beri semasa menjawab soalan2 yang diberi kepada kami bukan berdasarkan siapa yang sampai dulu.. Kalu korang nk tau kumpulan pertama yang tiba masa tu adalah kumpulan 11. Tatapi mereka mendapat tempat yang terakhir dalam acara itu.. Huhu.. Sampai dulu x semestinya menang beb! Dalam acara karaoke pulak kami mendapat tempat ke 8 dari 11 kumpulan. Huhu. X sangka betul sebab budget kami,
kami mungkin akan mendapat tempat ke 10 ataupun 11.. Kira ok la jugak rupanya. Tetapi pada acara terakhir iaitu sukaneka memang lagi x disangka2 kami mendapat tempat yang pertama, ye no 1 daripada 11 kumpulan. Kami johan dalam pertandingan sukaneka pada hari itu meninggalkan musuh ketat kami di tempat kedua. Hahaha.. sampailah masanya untuk mengumumkan juara keseluruhan bagi program kali ini. Untuk juara keseluruhan ini hadiah yang ditawarkan agak lumayan juga iaitu tiket penerbangan pegi balik beserta penginapan di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Itu kira Grand Prize la. Akhirnya kumpulan 5 diumumkan sebagai juara keseluruhan dan melayakkkan mereka membawa pulang hadiah tempat pertama beserta grand prize itu. Kumpulan 5 itu la sebenarnya musuh ketat kami.. (bukan musuh betul2 Cuma musuh dalam treasure ni jek..) kumpulan kami pula diumumkan mendapat tempat ke 2 keseluruhannya. Memang kecewa gila tinggal satu step jek lagi nak jadi juara dan dapat grand prize tu. Tpi memang dah x de rezeki kot so kami terima je la.. Tempat ke dua pun ok cuma x dapat melancong je la.. Huhu.. Selepas itu kami sama2 makan tengahari di dewan dan berkemas2 untuk pulang. Memang penat tetapi cukup menyeronokkan. Kalau ada lagi program macam ni memang aku x kan lepaskan peluang untuk sama2 turut serta sekali lagi.. Kat Bawah ni aku letak skit2 jek pic nk upload sume malas la.. Huhu.

No comments:

Post a Comment