Friday, April 10, 2009

Cuit

Kadang-kadang orang cakap malang itu tak berbau. Tapi bagi aku bukan saja malang itu yang tidak mempunyai bau tetapi nasib baik pun juga tidak mengeluarkan bau. Macam peristiwa yang berlaku pada diri aku semalam atau lebih tepat lagi tengah malam tadi. Bukan la kes besar sangat pun kecik jek tapi ada la meninggalkan kesan sedikit, bukan pada aku tetapi pada kereta aku. Begini ceritanya malam tadi masa keluar dari opis (aku keluar opis pukul 12 tengah malam tadi, ada keje skit) aku terus menuju ke kereta aku di parking lot. Penat dan mengantuk sangat dah, rasa nak lompat terus je masuk kereta dan pecut balik rumah. Bantal dan tilam dah rindu kat aku. Huhu. Tapi bila aku sampai di parking dan menghampiri kereta aku ada la seorang lelaki cina ini menegur aku “This is your car?” Uit, tergezut gak aku bila ditegur camtu sebab setau aku kereta aku ni aku bayar tiap-tiap bulan. Hehe. Dan aku mengatakan “Yup.. why?” Dia terus menghampiri aku dan memperkenalkan diri dia pada aku (lecture kat MMU ni rupanya) dan memohon maaf pada aku kerana telah melanggar kereta aku semasa di hendak masuk parking di situ. Dia terus membawa aku ke belakang kereta dan menunjukkan kecacatan yang telah dilakukan pada kereta aku. Suspend gak aku mula-mula tu ingatkan teruk sangat, yela masa aku nk masuk kereta masa tu pun aku memang tak perasan lansung pada kecacatan tu. Bila tengok-tengok balik ala sikit jek calar kat bumper belakang kete aku dan retak skit je kat lampu belakang tu. Dia memohon maaf sekali lagi pada aku atas kesilapan dia itu dan berjanji akan menanggung segala kos pembaikan kereta aku itu. Bila pikir2 balik macam sikit je rosaknya dan macam x berbaloi pulak aku nak claim kat dia. Masa aku sampai di situ kebetulan dia baru jek datang semula sebab nak letak note kat kereta aku. Malam tadi aku settle camtu jek sebab malas nak pikir2 sebab aku dah penat. Aku salam dia dan ucap terima kasih pastu aku blah jek. Aku ucap terima kasih pada orang yang langgar kereta aku??? Macam pelik jek.. Sebenarnya aku berterima kasih atas sikap jujur dia tu. Sanggup datang semula dan letak note bagi tau yang dia dah langgar kete aku dan akan menaggung segala kos baik pulih kete tu, siap bagi nama dan no tel lagi. Memang patut pun aku berterima kasih. Susah nak cari orang macam tu sekarang ni, sanggup bertanggungjawab atas apa yang telah di lakukannya. Sebab tu pada mula-mula tadi aku cakap nasib baik dan malang memang tak berbau, bagi aku perkara yang berlaku malam tadi bukan la nasib malang tetapi nasib baik kerana berjumpa dengan seorang yang bertanggungjawab. Syukur pada Allah. Hari ni baru nak pikir camner nk buat ngan kete aku tu. Nak hantar pegi cat ptg ni aku nak balik kampung dah.. Ermm.. Rasa2nya minggu depan la aku hantar pegi cat kete tu. Kurang-kurang pun makan masa 2-3 hari jugak tu. Kena la aku gi keje naik motor nanti. Sekang ni petang je hujan, hurmm.. Kuyup la den.




No comments:

Post a Comment