Friday, January 9, 2009

Tasik Kenyir

Minggu lepas aku bersama teman2 sempat ke Tasik Kenyir untuk memancing.. Memang dah lama aku menyimpan hasrat untuk ke sana tetapi baru kini berkesempatan.. Trip ini telah dirancang lebih kurang sebulan sebelum kami bertolak ke sana. So mula2 punyalah excited nk pegi. Selalunya pemancing yang bertandang ke sini jarang sekali akan pulang dengan kecewa apatah lagi dengan tangan kosong. Kebiasaannya pemancing yang datang ke sini akan dapat merasai pengalaman memancing yang sangat menyeronokkan dan tidak akan dapat diperolehi dari mana2 tempat pun di Malaysia ini. Memang menjadi impian semua pemancing tegar di negara ini untuk memancing di Tasik Kenyir. Tidak lengkap jadual destinasi seseorang pemancing itu sekiranya mereka tidak pernah datang ke sini. Memang tidak akan hampa. Tapi itu kebiasaannya. Tetapi trip kami pada kali ini agak berbeza sedikit kerana kami terpaksa pulang dengan hati yang sedikit kecewa kerana tidak dapat memancing dengan puasnya kerana hujan turun sepanjang hari kami di sana. Bermula dari Negeri Sembilan tempat di mana kami bertolak sehinggalah ke Terengganu hujan turun mencurah-curah tanpa hentinya sehinggalah kami pulang semula ke N.Sembilan. Sungguh mengecewakan. Ini sudah tentulah menjejaskan hasil tangkapan kami. Pendek kata trip kali ini sangat mengecewakan.. Aku x nk cite byk2 wat sakit hati jek.. Di sini aku sertakan beberapa keping gambar semasa kami di sana. Layan je la..

Di kedai makan untuk bersarapan pagi sebelum bertolak.





Baru naik bot.


Pemandangan Tasik Kenyir di waktu pagi.


Beautiful Landscape.


Rumah sapa tu?


Pemandangan semasa di awal perjalanan.


Bot kecil yang kami bawa bersama.


Inilah hasil tangkapan terbesar kami pada trip kali ni. Sedih....



Pulang dari sungai Kerbat/Lawit di mana tempat kami memancing.


Bosan la tuh... dah x de keje/ sewel sebab x dapat ikan pun ye gak kot..


Nak gi mana bang? Ntah la.. Agak2 boleh tembus Sulawesi x klu ikut jln ni?


Naga Tasik Kenyir.. (bukan Tasik Chini tau, Kenyir..)


Hujan x berhenti2.. Huh!


Sejuk sungguh masa ini.. Rasa nk tido pun ada.


Hampir sampai ke Jeti Pengkalan Rawa.


Losers... Kecuali yang pakai topi tu..Huhuhu.


Ini sahaja la tangkapan kami semasa di sana... Kecewa gila.

No comments:

Post a Comment