Bila nak raya jek macam2 meseg mengucap selamat hari raya dan memohon maaf yang kita terima melalui hp. Di zaman yang moden ni dah kurang rasanya orang ramai menggunakan kad hari raya untuk mengucap selamat hari raya lagi. Semuanya telah menjadi lebih mudah dan cepat masa ini. Tapi x kurang juga ramai yang masih menggunakan cara "old fasion". Ikut tradisi katanya.. Rasa2nya aku ada menerima lebih dari seratus sms ucapan selamat hari raya dari teman2 lama dan yang baru.. Tapi cuma sebahagian je yang dapat di balas sebab x cukup tangan dan x cukup kredit... Huhu. Kepada sesiapa yang masih tidah mendapat ucapan balas dari aku dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Aku masih ada menyimpan sebahagian dari text ucapan yang aku terima dan aku sertakan sekali di bawah ini..
Kalau dilipek sebosar kuku,
Kalau dibontang sebosar alam,
kok hilang dicaghi,
Kok hanyut dipinteh,
Kok tenggolam disolam,
Datang biarlah nampak muko,
Kok poei biarlah nampak belakang,
Jauh diimbau, dokek digamit,
Seuntai salam, sejambak kato.
Dogup bicagho, meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Menyambung kasih, meranjut cinta,
beralas ikhlas, beratap doa.
Semasa hidup bersimbah khilaf & dosa,
Berharap dibasuh maaf....
Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai mata tak sempat bertatap,
Seiring beduk yang bergema,
seruan takbir yang berkumandang.
Ku aturkan salam menyambut hari raya,
Jika ada kata serta khilafku membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin.
Minal aidin walfaidzin..
Senja berlabuh berakhirnya puasa,
itu tandanya syawal pun tiba,
salah dan silap kemaafan dipinta,
agar persaudaraan kekal sentiasa...
anak kucing terpijak duri,
anak ketam berlari2,
ramadhan sudah berlalu pergi,
kini tiba syawal dinanti..
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin.
Tangan dihulur tidak kesampaian,
senyum diukir tidak kelihatan,
sms dikirim tanda ingatan,
aidilfitri kita bermaafan..
Selamat Hari raya... Maaf Zahir dan Batin..
Laungan takbir bergema di pagi hari
memecah sunyi keriangan D seri,
SMS pengganti kad raya & diri,
Bkn dilupa traDC tp ikut teknologi D hujung jari..
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Walau langkah tak seiringan, tangan x berjabat,
ungkapan tak terdengar, mata tak bertentang...
KEMAAFAN DIPOHON DI ATAS SEGALA KESILAPAN
KERANA ADA TIKANYA,
MATA TERSILAP PANDANG,
TELINGA SALAH MENDENGAR,
LIDAH TERLANJUR KATA,
DAN HATI SILAP MENDUGA,
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.
mELAYU itU kAyA fALsaFAHnyA,
kIaS kAtA bIDaL pUsaKa, akal budi BeRsuLam Daya,
gEdunG akal laUt bicaRa, SelaMat Hari RaYa
AidilFiTri mAAf zaHir Dan BaTin.
No comments:
Post a Comment