Wednesday, December 16, 2009

Tanda-tanda anda bayi 80an

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?... hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...Ingat tak, masa kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.Ni sure korang igt... program minum susu di skolah. Nak galakkan budak2 time tuh minum susu. Kekadang percuma, kekadang sekotak 30 sen jek beb...Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.Hankyu Jaya, Yaohan - Shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. Ni for those yg dok KL laa. Klu bdk2 palong tu upwell bahau jd pilihan.. klu nk temph suar sekolah kt paul sogo, versace n poston mmg TOP.Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... kasut kung fu tu pon ramai yg pakai..ada yang suka stoking tebal laaa...internet? email? mendalah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 ringgit je.Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum, kuih sabun, asam ketuk.tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa, sos la dlm class.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan..lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, bola chop laa, galah hadang la...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.Hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu.Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Bdk2 skang main psp.. kita dulu main brick game (game block).Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt sekolah n universiti tanpa handphone...
Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke :-1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum.2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin (aku je blom kawen lagi.. itu tandanya aku mude lagi..) hehe.3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, masa ponteng sekolah, masa main moto.. prengg..prengg.. masa nakal2 dulu...

Saturday, December 5, 2009

Aku datang dari keluarga yg sederhana jek...4 adik beradik, bila sesekali berkumpul makan kat meja, jarang dapat makan bersila kat bawah ramai-ramai. Kalau nak merasa makan cmtu tggu la ada kenduri ke hari raya ke kita orang saudara mara berkumpul rumah nenek dan makan bersila semuanya!!! Dalam ramai2 saudara mara aku tu, sume orang suke aku tapi bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"Oleh sebab aku lelaki beriman (hehe), maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan. Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? pentagon ke? Baca doa lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang spupu aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "Tiba2 mak cik aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak cik aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak cik aku..."Huh! Bangah, takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang sepupu aku) Aku kata: "senang sajer...Mak cik angkat kedua-dua tangan ke atas.."Mak cik akupun buat..tapi masih tak jadi..Aku kata: "lurus Mak cik, tangan mak cik dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)Aku kata:"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak cik aku tu pon ketawa skali, aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman. PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)

Thursday, December 3, 2009

Mana peginyer duit lagi singgit ???

Ada 3 orang member kamcheng pegi bercuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam.... Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik..... Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je... Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan... Maknanya.... Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9.... Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27... Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali RM27 + RM2 =RM29 Mana pegi lagi singgit....?????????????